zilazilz
Sabtu.
aku tak dapat tidur malam tu. entah kenapa mata aku langsung tak boleh nak tutup. asal nak tutup je terbuka balik dengan sendirinya. tanpa disuruh. semua posisi tidur pon tak kena. masih tak dapat tidur. aku mula bermain-main game dalam hset. wah, 1st time dapat skor yang paling tinggi. aku main sampai subuh. pas subuh barulah aku tidur. tapi 7.30 pg aku bangun semula.

Ahad.
aku kemas-kemas rumah, buat apa yang patut tapi masih merasa tidak selesa. sama seperti malam tadi. malam yang tak dapat tidur. aku duduk sahaja di sofa. merenung tv. tak tahulah apa cerita yang aku tengok. fokusku hanya satu. sakit. sakit yang teramat sangat pada bahagian telinga aku. aku ambil putik kapas n aku letak minyak cap kapak dalam telinga, minyak gamat semua aku sapu dengan harapan akan lega. petang tu dah beransur ok. aku buat kerja-kerja yang patut. namun tiba malam hari sakit datang kembali. kali ini lagi sakit. aku pulak kat rumah kawan. menemankan dia kerana husbennya tak ada. nasib baik kawan aku kasi " pain killer" dan juga panadol. lega. aku tidur dengan nyenyak malam tu.

isnin.
sakitku masih belum reda. cuma tidaklah sesakit malam-malam sebelumya. namun aku nekad berjumpa doktor. aku cakap ngan doktor aku sakit telinga. doktor tengok telinga aku. katanya "telinga kamu ni bengkak." aku tak terkejut. sebab aku pegang telinga aku pon memang rasa bengkaknya. doktor check lagi. dua-dua telinga aku. dia tya aku." kamu ada selsema ke. dah berapa lama." aku cakap " ada, lebih kurang seminggu." "patutlah... " katanya. " kamu kene infection akibat selsema ni..." pastu dia cakap ada cecair pada bahagian tengah telinga aku yang menyebabkan telinga aku teramatlah sakit. aku pon tak tahu apa bahasa penyakit yang doktor tu cakap. tapi ayat akhir dia wat aku gerun. " kalau ubat yang saya bagi masih tak beri kesan, kamu kena datang semula. kalau masih tak ok, kamu kene berjumpa dengar pakar teliga untuk pecahkan ( something dalam telinga aku yang bengkak tu.. ) " gerun! teruknya efek selsema aku ni. ekceli aku penah kene waktu study dulu. jadi doktor kata kebarangkalian untuk aku dapat balik penyakit ni memang tinggi lah.. takutnya. aku dapat 4 jenis ubat. ubat selsema, ubat surut bengkak, antibiotik dan ubat tahan sakit. banyaknya kene makan..

selasa.
aku ada kelas tapi tak dapat nak mengajar sebab sakit sangat telinga aku. 3 biji ubat tahan sakit aku makan masih sakit lagi. berdengung-dengung telinga aku. nak bercakap kuat-kuat pon aku tak boleh. aku tinggal je diaorang buat kerja dalam lab. pandai-pandailah korang.... aku dah tak tahan sangat....
1 Response
  1. aslynna Says:

    ala...siannyer ko zilz


Post a Comment