zilazilz

Kampung Mongintom Baru, Jalan Mongintom Bunga Raya Kikiran, Bingkor, Keningau..




Sesampainya aku disini.. rasa amainya kampung ini walaupun jalan yang dilalui tadi berbatu-batu. memang mencabar.. tak konfiden aku nak bawa...
Alangkah beruntung penghuni disini
walau kemudahan infrastrukturnya tidak se gah di tempat-tempat lain namun mereka patut besyukur kerana kedamaian seperti itu tidak dapat dicari di kota-kota besar...
Sekurang-kurangnya persekitaran disitu masih terbela...
Sekurang-kurangnya anak-anak tidak terdedah dengan dunia luar yang mungkin akan merosakkan minda anak-anak ini..

namun...
Jika kebersihan lebih dijaga, pasti akan lebih damai.. tiada bau-bau periuk api yang tidak menyenangkan. tiada pencemaran mata dek sampah yang bersepah-sepah dijalanan, anak-anak lebih terjaga kebersihannya.
tandas? alangkah baiknya jika tandas mereka dijaga dengan baik. bukankah tandas penting bagi kita?
dan alangkah baiknya jika anak-anak muda yang bakal mewarisi tempat itu dapat menjadikan tempat itu lebih baik dari apa yang ada sekarang. Perkataan malas dan putus asa tidak patut keluar dari mulut mereka. Jika tiada, andalah pewaris bangsa yang maju...

0 Responses

Post a Comment