zilazilz
tidak, ianya memang benar. kenapa harus menafikan lagi. memang itu jalan yang aku pilih. kenapa harus memaksa. aku tidak pernah memaksa sesiapa. aku tak pernah mendesak.. tp aku memang bersalah. memang salah aku. salah aku.
zilazilz


Semua ini dimasak oleh cik nurul hayati jamil aka kak yatz.




zilazilz
7 things i hate most

1. I hate liars and cheats
2. I hate myself when im pms
3. I hate how i pretend to be a good girl
4. I hate drama in my life
5. I hate people who pretend to be nice around me
6. I hate when i cant get what i want
7. I hate stress

7 things i have learned in my life so far
the question is...only 7???

1. dont trust people easily anymore..
2. dont waste your heart...
3. dont judge people according to their appearance
4. being able to forgive anybody..
5. stay at home is the best medicine to get my head free
6. i am not that good
7. do what i want


7 thing i want to do before i die

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.


zilazilz
1st dapat surat ke mukah aku rasa aku "bertuah" sangat sebab tergolong dikalangan orang yang terpilih untuk ke mukah. salah satu tempat yang kebanyakan orang tanak pegi. akhirnya aku n kak suzi menerima dengan dengan rela hati.. rela ke? aku rasa paksa rela adalah.

21 JUN 09
12.05 pm
sampai airport KK. kak yat hantar n kak suzi memang dah tunggu kat sana untuk sama2 check in.
1.35 pm
naik flight air asia dengan express boarding.
2.40 pm
Tiba di airport sibu.
menunggu ketibaan bas politeknik mukah.
kitaorang pon termenungla kat airport sampai kul 3 lebih barulah bas politeknik mukah sampai.
pastu driver politeknik mukah bawa kitaorang g makan sebab ada lagi staff poli yang nak ditunggu.
5.20 ++ pm
Bergerak ke politeknik mukah, sarawak. dijangka sampai pukul 9.00 pm.
bas mula bergerak..
mata aku memang memandang ke luar jer sebab dari cerita yang aku dengar, teringin aku nak tengok keadaan jalan tu macam mana.
mula2 jalan tu memang eloklah.. tapi sampai satu simpang aku lupa nama tempatnya bermulalah episod perjalanan yang penuh mencabar. selama 2 jam lebih mengharungi jalan yang berlopak, tidak bertar. bas rasa macam nak terbalik jer..dengan aku sekali rasa macam nak terbalik.sakit seluruh badan aku...
9.00 pm
alhamdulillah kitaorang sampai di bandar mukah. g makan2 jap sebelum sampai politeknik mukah
tunggu punya tunggu makanan sampai 9.40 tak sampai2 pon makanan ktorang.
pastu beli air jer n tapau nasi kat kedai lain. 5 minit je dah siap. tension2.
apa nak buat... pengalaman...
10.20 pm
sampai politeknik mukah. oleh kerana call orang yang uruskan hotel ktorang tak dapat, terpaksalah menumpang rumah staf kat sana.
memang mencabar...
sampai je rumah staf poli sana, kitaorang makan, pastu mandi2 n tido dengan nyenyaknya sebab esoknya pukul 8.30 dah start kursus...

22 JUN 2009 23 JUN 2009
8.30 am hingga 4.30 am
kitaorang berkursus bersama politeknik2 dan kolej komuniti di borneo.
Dikendalikan oleh Mr Eric Yoeh dan Mr Izhar Firdaus
kawan aku kata tgk diaorang berdua ni macam kartun
aku lak tengok diaorang macam tengok drama
asik bergaduh(gaduh2 gurau) berdua kat depan.
tapi apa yang menariknya Mr Izhar Firdaus ni baru je 22 tahun
baru grad n dah keje kat fedora project..
apa apa pon kursus ni memang bg manfaat untuk kitaorang tapi disebabkan kepenatan yang belom hilang maka fokos kitaorang pon hilang dan melayang-layang.
last day 23 JUN tu mr Eric datang tempat aku.
katanya " Thanks for your attention"
alamak... dia perli aku sebab aku wat keje aku je kat belakang pastu siap merungut2 lagi bila nak habis. dah la dekat aku duduk ngan mr eric. confirm dia perli aku.malunya aku. sori mr Eric.

pada masa yang sama kak iza bawa kitaorang makan nasi ayam penyet. RM 6.00 satu. ada nasi, ayam penyet, ada ulam n sambal belacan.
pastu kitaorang sempat gak merasa umai tapi tak sempat nak bawa balik
aku pon sempak gak rasa mee kolok kat sana
tapi yang tak bestnya tak dapat nak rasa laksa sarawak.






24 JUN 2009
6.30 am
tunggu untuk dihantar ke jeti untuk naik bot.
antara naik bot dan naik bas? nak naik yang mana?
ikutkan hati dua2 aku tanak. aku nak naik flight.
tapi itu je pilihan yang ada. maka kitaorang pilihla naik bot berbanding naik bas.
lagipun kata orang kat situ naik bot lagi ok dari naik bas.
7.30 am
naik bot ke sibu. dijangka 2 jam dengan harga RM 20 seorang.
scary..pening..sakit2 badan..1st experience naik bot
tapi better dari naik bas..
9.20 am
sampai ke bandar sibu.
jalan2 pusing sibu dulu.
bukan pusing sangat pon. jalan2 area dekat tu je
masing2 pon penat
nak beli buah tangan pon tak tau nak beli kat mana.
takde apa yang menarik kat sibu.
12.00 pm
berangkat ke airport sibu menaiki kereta sapu.
mula2 kata RM 30 tapi last2 mintak Rm60.
bikin panas..
12.50 pm
sampai airport sibu. nak check in tapi takleh lagi. kul 1 br buka.
3.00 pm
naik flight dengan express boarding.
waktu tu nama kitaorang dipanggil. takut aku ingatkan apa
rupa-rupanya sebab kitaorang bedua ni ada tiket express boarding.
4.15 pm
sampai airport KK tapi bila beratur kat imegresen punyalah lama.
dah la sekarang ada h1n1. takut aku...
4.50 pm
barulah gerak balik ke ke poli.
singah makan jap. makan nasi goreng kampung. separuh je dapat aku makan..
6.10 pm
sampai umah dengan selamat
alhamdulillah...

KESIMPULAN
Mukah is very nice.. aman.. damai.... politeknik mukah pon cantik..
cuma oleh kerana perjalanan yang agak mencabar menyebabkan aku rasa kalau disuruh pegi lagi dengan menaiki bas or bot camtu. aku akan cakap "NO"
tapi kalau naik flight terus ke sana. ok. no prob. :)
thanks 2 kak iza n husben, zah, driver bas poli, staf jtmk n kawan2 di sana..
zilazilz
Siapa yang tiada masalah?
Semua ada masalah
Bezanya cuma jenis masalah yang dihadapi
Macam mana pulak nak selesaikan masalah tu?
Masing-masing ada cara yang tersendiri
Kalau perempuan, mereka lebih gemar bercerita masalah tu pada parent or kawan2 terdekat untuk menghilangkan beban masalah. Cara mereka selesaikan masalah? Bergantung kepada kebijaksanaan masing2. Tapi beruntung jika masalah yang dikongsi tu dapat diselesaikan bersama-sama.
Kalau lelaki pulak, rasanya diaorang ni lebih suka ambil tindakan mendiamkan diri dan fikirkan masalah tu baik-baik. Biasanya diaorang ni ego sikit tapi mereka tidak terburu-buru.

Untuk selesaikan masalah, ada keputusan yang perlu dibuat. Selagi tiada keputusan, masalah kita tak selesai. betul tak?
Jadi, macam mana nak buat keputusan?

1. Fikirkan! siapa yang terlibat diatas keputusan yang akan kita buat?
2. Buat pertimbangan. Tulis baik buruk keputusan yang kita fikirkan. Jadi, senang kita nak buat keputusan nanti sebab dah nampak baik buruknya pada masa akan datang.
3. Pilih keputusan yang terbaik.
4. Kena yakin dengan keputusan yang kita ambil. Berani ambil risiko atas keputusan tu.
5. JANGAN TERBURU-BURU membuat keputusan.

Bila kita dah ada keputusan untuk setiap masalah yang kita hadapi, mesti hati kita pon akan tenang. Semua kerja dapat dibuat dengan baik. Betul tak?
zilazilz

Menjaga hati. sama ke dengan makan hati? tak kan? lepas kita jaga hati, pastu kita makan hati. Akibat makan hati tu, hati kita pon rasa sakit. pedih. kadang-kadang kita dapat bertahan. kadang-kadang tidak. Akibatnya? Sendirilah tanggung.
Kadang-kadang timbul di dalam hati kita pelbagai niat jahat, busuk namun untuk bertindak.. JANGAN! Aku tak akan buat!


Hidup ini umpama roda. Kadang-kadang kita diatas, kadang-kadang kita dibawah. Yang baik dibalas baik. yang jahat dibalas jahat.
Kenapa perlu berkira untuk membuat sesuatu yang baik? Bukan aku berkira. Kadang-kadang aku tersiksa. Cuma aku tak mampu untuk katakan.

Jika ini yang terbaik. Biarlah teruskan begini...

Tapi tentunya ada cara untuk hilangkan rasa kecewa, marah dan sebagainya..
Ringkasnya...

1. Belajar bersyukur
2. Belajar memafkan orang
3. Ubah fikiran yang lebih positif

4. Jangan terus jadi orang yang bisu. kadang-kadang kita perlu berterus-terang.
5. Yang penting adalah, HATI mesti keras.

zilazilz

Kampung Mongintom Baru, Jalan Mongintom Bunga Raya Kikiran, Bingkor, Keningau..




Sesampainya aku disini.. rasa amainya kampung ini walaupun jalan yang dilalui tadi berbatu-batu. memang mencabar.. tak konfiden aku nak bawa...
Alangkah beruntung penghuni disini
walau kemudahan infrastrukturnya tidak se gah di tempat-tempat lain namun mereka patut besyukur kerana kedamaian seperti itu tidak dapat dicari di kota-kota besar...
Sekurang-kurangnya persekitaran disitu masih terbela...
Sekurang-kurangnya anak-anak tidak terdedah dengan dunia luar yang mungkin akan merosakkan minda anak-anak ini..

namun...
Jika kebersihan lebih dijaga, pasti akan lebih damai.. tiada bau-bau periuk api yang tidak menyenangkan. tiada pencemaran mata dek sampah yang bersepah-sepah dijalanan, anak-anak lebih terjaga kebersihannya.
tandas? alangkah baiknya jika tandas mereka dijaga dengan baik. bukankah tandas penting bagi kita?
dan alangkah baiknya jika anak-anak muda yang bakal mewarisi tempat itu dapat menjadikan tempat itu lebih baik dari apa yang ada sekarang. Perkataan malas dan putus asa tidak patut keluar dari mulut mereka. Jika tiada, andalah pewaris bangsa yang maju...

zilazilz
jamal : ha, azilah amik2 gambar tu nak letak dalam blog la tu.
zilah : mana ada...
[dalam hati : hahahaha, nasib ko la jamal... ]

antara orang kuat yang menjayakan majlis jamal. yelah cian jamal. nikah kat sini tapi famili kat semenanjung. jadi akak-akak kat ofis ni la yang jadi wakil famili dia. ada kak yani, kak lin, kak ros, kak suzi, kak rin, kak zira, kak ika, dzul, hanip, zul, aku dll. kak lin berusaha keras menyiapkan hantaran. tekejut aku g umah kak lin, siap dia menjahit lagi. lepas ni leh la tempah kat kak lin kan.. kan...



p/s jamal, jangan marah tau!
zilazilz

Paper semester ini sangatlah banyak. hampir 200 paper kene tanda. tapi kecewanya tanda setakat ini ramai yang tak ok berbanding yang ok.


zilazilz

Boring-boring last2 g main bowling and tengok wayang kat one borneo ngan naza (seperti gambar diatas).
Naza sangat bersemangat bermain...
Sama-sama tak pandai main. so jatuhan pin agak memalukan jugak. haha. asal dapat lepaskan tension dan lepaskan geram. :):)
zilazilz


kenangan pegi picnic bersama makcik, pakcik, fendi dan naza.

zilazilz
Sabtu.
aku tak dapat tidur malam tu. entah kenapa mata aku langsung tak boleh nak tutup. asal nak tutup je terbuka balik dengan sendirinya. tanpa disuruh. semua posisi tidur pon tak kena. masih tak dapat tidur. aku mula bermain-main game dalam hset. wah, 1st time dapat skor yang paling tinggi. aku main sampai subuh. pas subuh barulah aku tidur. tapi 7.30 pg aku bangun semula.

Ahad.
aku kemas-kemas rumah, buat apa yang patut tapi masih merasa tidak selesa. sama seperti malam tadi. malam yang tak dapat tidur. aku duduk sahaja di sofa. merenung tv. tak tahulah apa cerita yang aku tengok. fokusku hanya satu. sakit. sakit yang teramat sangat pada bahagian telinga aku. aku ambil putik kapas n aku letak minyak cap kapak dalam telinga, minyak gamat semua aku sapu dengan harapan akan lega. petang tu dah beransur ok. aku buat kerja-kerja yang patut. namun tiba malam hari sakit datang kembali. kali ini lagi sakit. aku pulak kat rumah kawan. menemankan dia kerana husbennya tak ada. nasib baik kawan aku kasi " pain killer" dan juga panadol. lega. aku tidur dengan nyenyak malam tu.

isnin.
sakitku masih belum reda. cuma tidaklah sesakit malam-malam sebelumya. namun aku nekad berjumpa doktor. aku cakap ngan doktor aku sakit telinga. doktor tengok telinga aku. katanya "telinga kamu ni bengkak." aku tak terkejut. sebab aku pegang telinga aku pon memang rasa bengkaknya. doktor check lagi. dua-dua telinga aku. dia tya aku." kamu ada selsema ke. dah berapa lama." aku cakap " ada, lebih kurang seminggu." "patutlah... " katanya. " kamu kene infection akibat selsema ni..." pastu dia cakap ada cecair pada bahagian tengah telinga aku yang menyebabkan telinga aku teramatlah sakit. aku pon tak tahu apa bahasa penyakit yang doktor tu cakap. tapi ayat akhir dia wat aku gerun. " kalau ubat yang saya bagi masih tak beri kesan, kamu kena datang semula. kalau masih tak ok, kamu kene berjumpa dengar pakar teliga untuk pecahkan ( something dalam telinga aku yang bengkak tu.. ) " gerun! teruknya efek selsema aku ni. ekceli aku penah kene waktu study dulu. jadi doktor kata kebarangkalian untuk aku dapat balik penyakit ni memang tinggi lah.. takutnya. aku dapat 4 jenis ubat. ubat selsema, ubat surut bengkak, antibiotik dan ubat tahan sakit. banyaknya kene makan..

selasa.
aku ada kelas tapi tak dapat nak mengajar sebab sakit sangat telinga aku. 3 biji ubat tahan sakit aku makan masih sakit lagi. berdengung-dengung telinga aku. nak bercakap kuat-kuat pon aku tak boleh. aku tinggal je diaorang buat kerja dalam lab. pandai-pandailah korang.... aku dah tak tahan sangat....
zilazilz
zilazilz

Aku tertarik dengan sebuah artikel sahabat yang aku ceritakan di bawah.


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu.
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

RENUNGILAH.. .

"HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA."


Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

zilazilz


hari ni balik tapi banyak lak perkara sedih berlaku.
1. Hset rosak langsung tak boleh nak buka
2. Gaji lom masuk lagi
3. Balik petang padahal cuti harini
4. Sampai pagi buta kat umah
5. dan lain-lain